" Ibadah " tiada ulasan

 

 Apakah makna pergerakan dalam solat ?

Apakah makna yang mewakili pergerakan dalam solat seperti Qiam , rukuk,dan sujud ?

Jawapan:

Niat :

Niat adalah kehendak hati , ia mengambarkan asbab sesuatu perbuatan. Ia bermaksud untuk menegaskan"baiklah (saya mentaati )" kepada  Allah dengan melaksanakan perintahNya swt.

Takbir Iftitah (takbir pertama)

Dengan melafazkan Allahu akbar, kita membuang keluar seluruh dunia kebelakang dengan tangan kita, dan mencari perlindungan di dalam rahmat Allah swt. Ia adalah penegasan bahawa Allah swt adalah yang teragung dengan menlafazkan takbir (Allahu Akbar) .

Qiam ( berdiri tegak) :

Melalui prinsip di dalam solat ini, Manusia mewakili penyembahan para malaikat dan tumbuhan dimana mereka semuanya berdiri dan memuji zat Allah bahkan lebih lagi (bilangannya). Qiam adalah berdirinya manusia menghadap zat yang Abadi dengan jasad dan hati mereka. Kepala yang ditunduk semasa solat mengambarkan hilangnya rasa gah dan munculnya kerendahan hati.

Bacaan :

Bacaan pula sebagai tanda syukur kepada Allah yang maha Sempurna tanpa kecacatan, tidak tertanding keindahannya dan tidak hingga kasihnya dengan mengucapkan Alhamdulillah (ayat kedua surah al-fatihah).  Juga, ia adalah untuk menunjukkan bahawa semua perbuatan wujud dengan bantuan Allah dan pujian dikhaskan untuk Allah semata-mata. Juga sebagai perhubungan dengan zat yang Abadi melalui kata-kata " iyyaka na’budu wa iyyaka nastain (Wahai -Tuhan kami- hanya padaMu-lah kami berserah dan hanya padaMu-lah kami memohon pertolongan" )

Ruku' :

Dalam peringkat ini, manusia mewaliki malaikat yang tidak henti ruku' dan semua haiwan yang sentiasa meruku' dengan kakinya yang empat. Ruku' bererti mengagungkan kehebatan Pencipta dengan seluruh alam semesta , melihat kelemahan dan kemiskinan manusia dan makhluk lainnya lalu seraya berkata “Subhana rabbiyal azim" (Maha Suci Allah yang agung dari sebarang kelemahan) berusaha mengakarkan (menanamkan) ia dalam hati . Dan semasa mengangkat kepala dari ruku' dengan harapan untuk memperolehinya melalui sekali lagi ucapan membesarkan Allah .

Sujud :

Pada peringkat ini, manusia sekali lagi mewakili penyembahan malaikat yang sentiasa bersujud dan seluruh haiwan reptilia hampir bersujud dalam setiap masa kehidupan mereka. Sujud adalah untuk mengingkari selain dari Allah swt dengan mengatakan " subhana rabbiyal a'la (maha suci Tuhan yang maha tinggi) " . dalam penuh kerendahan hati dan kagum terhadap keindahan kesempurnaan Allah, kecemerlanganNya, nama-nama dan sifat-sifat suci. "Seorang hamba menjadi yang paling hampir dengan Rabbnya apabila dia berada dalam keadaan bersujud. Jadi meningkatkanlah doa dalam sujud.'' (riwayat Muslim)

Qa'da (Duduk).

Pada peringkat ini, manusia mewaliki penyembahan malaikat yang sentiasa duduk (beribadat) , gunung-ganang , batu-batuan, yang seakan duduk dalam bentuknya. Manusia mengukuhkan bahawa segala yang diketahuinya adalah milik Allah dalam bacaan Tahiyyat. Dia (manusia) memperbaharui keyakinannya (iman) dengan mengungkapkan kalimah syahadah (tiada Tuhan melain Allah , Nabi Muhammad pesuruh Allah) .  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Apakah makna pergerakan dalam solat ? Di dalam solat - sebuah mi'raj bagi kaum beriman-Tasyahud merupakan sebuah peringatan terhadap perbualan suci diantara Nabi Muhammad saw dan Allah swt semasa Mi'raj

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com